PENDAHULUAN

Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) atau dalam konteks lainnya, Pengajian Luar Universiti Malaysia Sabah mula dikenali sebagai Program Pengajian Luar Kampus (PPLK). Ianya diwujudkn pada Oktober 1999 di Sandakan dalam usaha menyahut cabaran Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang ingin membantu guru-guru sandaran yang tidak terlatih. Idea untuk menawarkan Program Pengajian Luar Kampus (PPLK) ini telah dicetuskan sendiri oleh mantan Naib Canselor UMS, YBhg. Tan Sri Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman.

Program PLUMS ini diletakkan di bawah pemantauan penuh Pusat Perkhidmatan Rundingan dan Latihan (PPRL) atau dulu dikenali sebagai Unit Perkhidmatan Rundingan dan Latihan (UPRL). Sewaktu awal penubuhannya, hanya terdapat tiga (3) program ditawarkan di cawangan Sandakan. Menjelang tahun 2000, program PLUMS ditawarkan di kampus induk Kota Kinabalu dengan menawarkan dua (2) program. PLUMS kemudiannya membuka cawangan di Tawau pada tahun 2006 dengan menawarkan satu (1) program serta menawarkan satu (1) lagi program di Keningau. Sehingga sesi pengajian 2006/2007, PLUMS telah menawarkan sebanyak tiga belas(13) program termasuklah tiga (3) program baru yang diperkenalkan semester ini.

 MOTTO PLUMS

Mahir, Kreatif, Berpengetahuan Luas dan Serba Boleh
(Skilled, Creative, Knowledgeable & Versatile)

 MISI

Bertekad untuk menjadi sebuah pusat yang dapat melahirkan graduan-graduan yang bukan sahaja mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing, malah mempunyai daya pemikiran yang tinggi.

 OBJEKTIF

Objektif program PLUMS ini ditawarkan ialah:

  • Menawarkan program-program pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana yang kompetitif dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran dan industri dari semasa ke semasa
  • Membantu dalam meningkatkan kemahiran dan tahap profesionalisme tenaga kerja di peringkat tempatan dan antarabangsa melalui penawaran program-program pengajian luar kampus
  • Membantu dalam menambah sumber-sumber kewangan Universiti dan membantu sekolah-sekolah di UMS menjadi lebih berdikari
  • Memberi peluang pembelajaran kepada semua peringkat umur
  • Berpengetahuan luas serta serba boleh dalam apa jua bidang pekerjaan yang diceburi